Saturday, January 29, 2011

STEP 1: LANGKAH AWAL USAHAWAN HAI-O

Elemen Asas Untuk Menaja
1.  Senarai nama prospek
Senarai nama prospek ada disekeliling anda dan ada dimana-mana. Sebagai contohnya anda hanya perlu buka senarai nama yang ada di dalam hand set anda dan senarai kan prospek anda didalam buku catatan anda. Kategorikan prospek anda mengikut tahap,A,B dan C;…
A; prospek dekat dengan anda,sentiasa berhubung dengan anda,berpotensi,selalu bertukar-tukar pandangan dan rakan tempat kerja.
B; prospek yang berfikiran positif tapi jauh dengan pandangan anda, berpontensi. Contohnya; anda berada di kuala lumpur dan prospek anda tersebut berada di negeri lain.
C; kenalan yang mempunyai keyakinan diri yang amat rendah,tidak begitu rapat dengan anda. Mungkin kenalan ini kenal disebabkan kawan atas kawan.
Nota penting!; Kelemahan awal seseorang usahawan itu tidak menyediakan senarai nama prospek.

2.  Menghubungi prospek
Setelah anda menyediakan senarai nama prospek anda perlu menghubungi prospek A anda jangan melengah-lengahkan masa untuk berhubung. Contoh ayat komunikasi hand set.
a)   Assalamualaikum…lama xdengar berita sihat ke? Bila boleh jumpe?
b)   Saya ada satu benda yang hendak diceritakan. Ia amat menarik mesti awak suka mendengarnya.
c)   Saya ingin bertanya pendapat tentang sesuatu perkara ni. Boleh x awak luangkan masa sekejap?kite jumpe kedai….
d)  Awak ada peluang x bagaimana untuk mengatasi masalah kewangan?

3.  Membuat temujanji
Temujanji adalah amat penting dalam proses berkongsi peluang perniagaan Hai-o. Tanpa temujanji mustahil impian anda akan terlaksana. Anda perlu merancang masa anda terlebih dahulu barulah anda boleh membuat temujanji. Gagal merancang adalah merancang untuk gagal! Pilih lokasi yang bersesuaian untuk membuat temujanji jangan bertemu ditempat yang bising kerana ia akan menggangu tumpuan anda dan prospek. Seelok-elok nya lokasi temujanji juga berdekatan dengan kediaman prospek. Jangan membebankan prospek dan jaga prospek anda.

4.  Mempersembahkan dan berkongsi peluang dengan prospek.
Ketika anda bertemu dengan prospek kenalkan prospek anda dengan uplines anda
Ini akan memudahkan uplines anda unruk berkenalan. Ambil masa 10- 15 minit untuk bertanya khabar dan. Jangan lupa bertanya tentang suasana kerja prospek secara sepintas lalu. Ketika uplines anda sedang berkongsi peluang anda seharusnya mendengar bersama jangan alihkan tumpuan anda dengan mengggunakan sms ataupun handset terlalu lama kerana prospek anda sedang menilai diri anda. Tingkah laku anda ketika ini secara bersahaja . Jangan terlalu formal ini akan membuat prospek tidak selesa. Tunjukkan diri anda sendiri kepada prospek yang anda sedang dalam 
proses untuk berubah.

5.  Follow up
Sesudah proses berkongsi peluang selesai anda jangan terlalu terburu-buru,excited dan jangan tunjukkan anda mengharapkan dia sign up. Jika dia menujukkan positif  jangan ragu-ragu untuk keluarkan borang ahli terlebih dahulu. Minta ic atau k/p daftar keahlian. Jika prospek ingin balik berfikir anda jangan panik atau kecewa sebaliknya tunjukkan keceriaan anda. Ingat prospek anda sedang menilai anda dan menilai peluang yang telah dikongsi. Beri dia masa 1 atau 2hari untuk berfikir selepas itu anda menghubungi prospek anda kembali.

Nota penting; Proses follow up amat penting untuk menaja. Hubungi prospek dari masa ke semasa.


Kesilapan Usahawan Semasa Proses Berkongsi Peluang ( perlu dielakkan).

1.  Bercakap perkara-perkara yang memburuk-burukkan syarikat lain.
2.  Bersikap ego dengan prospek
3.  Bercakap meninggi-ninggikan diri sendiri
4.  Tidak menegur prospek downlines
5.  Merokok ketika sedang closing dan menghembuskan asap rokok kearah prospek
6.  Tidak menghargai prospek.
Sikap sambil lewa dan lewat sampai semasa temujanji membuatkan prospek tertungu-tunggu.
7.  Terlupa bawa senjata dan kelengkapan
8.  Berjumpa dengan prospek tetapi teragak-agak untuk berkongsi.
9.  Merperlekehkan dan tidak menghormati antara sesama rakan kongsi
10.     Bercakap tentang masalah dan perkara negatif mengenai gerak kerja dihadapan prospek.
11.     Penampilan yang tidak menarik dan tidak bersemangat.
12.     Tidak ceria
13.     Bercakap perkara diluar gerak kerja

No comments:

Post a Comment