Friday, January 21, 2011
SALAM 1 HATI,1 PEGANGAN DAN 1 MATLAMAT
ASSALAMUALAIKUM WBRT...Segala Pujian Bagi Allah S.W.T diatas Rahmat dan Kebesarannya kita dapat bersama mengambil peluang perubahan demi perubahan. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta ahli Keluarganya. Dengan segala berkat Doa nya dapat juga kita mengenal dan mengetahui betapa besarnya faedah dan keuntungan dalam bidang perniagaan. Apa yang ingin saya kongsikan dengan rakan-rakan kongsi adalah sedikit pengalaman perniagaan bersama dengan Hai-O Marketing Sdn bhd. Sesungguhnya benar punca pendapatan 9/10 itu adalah datang dari perniagaan. Kita sudahpun mengambil dan telah melakukan satu keputusan yang Hebat untuk melakukan perubahan-perubahan keatas diri sendiri. Oleh itu diharap semua rakan kongsi sentiasa ingat kepada Matlamat dan Impian yang telah ditetapkan. Setelah kita mengambil peluang dan melakukan keputusan yang hebat pada diri sendiri ingin saya ingatkan kepada diri sendiri dan rakan-rakan kongsi agar hargailah ia kerana ia adalah titik permulaan kepada KEJAYAAN. "USAH MENOLEH KEBELAKANG LAGI YANG PENUH DENGAN KE SEJARAH HITAM TETAPI PANDANGLAH KEJAYAAN DIDEPANMU". Terima Kasih saya ucapkan kepada rakan kongsi semua kerana kalian lah saya mampu ditahap ini. Mari sama-sama kita mulakan langkah- langkah perubahan demi perubahan. InsyaAllah kita mampu dan berhak untuk menjadi Usahawan yang Hebat dan Beriman. Hak kita adalah untuk berjaya Dunia dan Akhirat. Aminn.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment