Monday, January 24, 2011

MALAS...APAKAH PUNCANYA?

Assalamualaikum wbrt,,,alhamdulillah setelah dikaji dan diperhalusi dari pengalaman-pengalaman yang lalu AKHIRNYA terukai juga. Betul apa yang dikatakan didalam Al-Quran "setiap penyakit ada ubatnya".Begitu juga dengan alasan malas,ia juga adalah satu penyakit fikiran tanpa disedari..Dalam kesibukan kita mencapai target ia sering kali akan menganggu matlamat dan impian.
Ada juga keadaan selepas kita berkongsi peluang dan prospek membalas dengan alasan malas mengakibatkan diantara kita  buntu seterusnya membiarkan prospek berlalu dan pergi begitu saja tanpa memberi jawapan balas.
Memang betul,satu lagi perkara yang susah untuk setiap usahawan menjelaskan dan memberi jawapan jika berhadapan dengan prospek memberi jawapan sebegitu. Ada juga dikalangan kita termenung dan buntu malah merasa kecewa jika prospek memberi jawapan Malas.. adakalanya " kalau kau malas aku tak boleh buat pe" itu lah jawapan balas yang  dikeluarkan sesetengah usahawan.
Apa yang ingin saya kongsikan disini adalah Malas itu sebenarnya satu alasan yang kukuh untuk prospek mengelak dari memikirkan peluang yang telah dikongsikan. Sebagai seorang usahawan,kita seharusnya memperhalusi lagi Malas ini,,mungkin malas itu ada dalam diri sendiri.
Bagi pendapat saya Malas itu antara salah satu puncanya letih, atau pun kurang tenaga. Ia berhubung kait dengan mental kita dan pergerakan kita seharian. Ada diantara kita yang berkerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Tetapi apa yang berlaku hari ini  sesetengah golongan yang makan gaji bangun seawal 5 pagi untuk menguruskan anak kesekolah,menghantar isteri ketempat kerja. Selepas habis waktu berkerja jam 5 petang ada yang berlari-lari keluar dari pejabat untuk mengelak sesak didalam lift. Ada yang berlari-lari ketempat parking kereta untuk mengelak dari kesesakan jalanraya. Ada juga yang sampai di rumah pada hampir-hampir waktu maghrib. Ada juga yang berkerja bukan mengikut waktu pejabat dan on call saja bila-bila masa. Beginilah senario yang dapat kita perhatikan bersama mungkin ada dikalangan kite mengalami situasi begini.
Situasi yang begini adalah satu kesan yang negatif kepada kita jika kita tidak mengenal pasti bagaimana caranya untuk menjaga mental dan emosi supaya dalam keadaan yang positif. Situasi begini juga akan menyebabkan badan kehilangan Mineral dan kehilangan tenaga fikiran.
Pada pendapat saya untuk mengatasi Malas,marilah kita terlebih dahulu mengenal pasti runting pergerakan kita. Jika kita termasuk dalam situasi yang saya kongsikan tadi ia dalam satu keadaan yang membimbangkan.
Letih,penat, dan tekanan runting pergerakan seharian akan memberi kesan kepada mental dan emosi kita.
Akibat dari pada situasi rumit yang berlaku tanpa kita sedari ia telah menyebabkan ada diantara kita malas. Sebenarnya kita tidak Malas ia nya datang dari runting harian yang hanya sedikit sahaja mengganggu fikiran dan badan kita. Kita sebagai usahawan bukan seperti orang-orang kebiasaan. Jika orang lain bekerja 8 jam sehari anda sudah tentu 11 jam sehari. Anda adalah usahawan bukan orang biasa tetapi anda adalah insan yang sememangnya luar biasa.
Oleh itu jagalah mental dan fizikal anda agar ia tidak diganggu dengan keletihan,kepenatan dan tekanan runting harian. Kalau dilihat apa yang dilakukan oleh Jutawan-Jutawan ia adalah hasil daripada menggunakan fikiran dan bukan kekayaan itu datang dari pekerjaan yang menekankan pergerakan fizikal. Renung - renungkanlah.......
Cadangan saya untuk rakan kongsi semua amal kanlah produk kesihatan yang ada dalam perniagaan kita antaranya GARAM BULUH,MIAUTAN,FISH OIL,CELGYNIC DAN SEBAGAINYA. Jika prospek mengatakan Malas balas lah jawapan anda dengan " kau sebenarnya bukan malas tetapi kau penat dan keletihan ,kau boleh berjaya tetapi produk kesihatan dan amalan kesihatan kau terlepas pandang." Ini ada lah perkongsian saya untuk rakan kongsi ia bukanlah fakta tetapi ia datang dari pengalaman-pengalaman dan muhasabah diri.

No comments:

Post a Comment