PERKARA ASAS BERMULA USAHAWAN CEMERLANG
KONSEP N.I.K.I.S
1.NIAT ;
Niat adalah satu perkara asas untuk berjaya dalam perniagaan network marketing dan ia adalah nadi untuk membawa diri kepada perubahan dan menemui kejayaan yang diimpi-impikan. Adakah anda bersedia untuk melalui perubahan demi perubahan? Maka mulakanlah niat anda sejelas-jelasnya dan sekuat-kuatnya.
2. IMPIAN
Sudah tentu diantara kita inginkan kepada perubahan kerana kita telah membuat keputusan untuk memperbaiki punca pendapatan yang terhad. Impian adalah lebih penting daripada ilmu pengetahuan oleh itu lakarkan gambaran impian anda didalam kotak fikiran dengan sejelas-jelasnya. Contohnya kereta impian,rumah impian dan pendapatan yang tidak terhad! Dengan impian diri sendiri anda akan terus bergerak dan terus bergerak kehadapan.
3. KEINGINAN DAN KESUNGGUHAN
Impian dan realiti ada jurangnya. Untuk merealisasikan impian anda semestinya memerlukan keinginan dan kesungguhan dengan menggerakkan anugerah badan dalam melakukan gerak kerja sebagai usahawan hai-o 369! Buangkanlah alasan didalam diri anda kerana ia akan menghancurkan impian anda. Sering kita mendengar pepatah ‘Orang lain buat duit kita buat seribu alasan’!
4. ILMU
Maksud hadis ‘ tuntutlah ilmu walaupun sehingga ke negeri Cina ‘ Dalam mengejar impian anda ilmu adalah penting dalam perniagaan hai-o. Sebagai seorang usahawan hai-o 369 yang cemerlang mesti memperlengkapkan dengan pengetahuan asas seperti Latar belakang syarikat Hai-O Marketing,keberkesanan produk,plan marketing,sistem kejayaan hai-0 dan sebagainya. Oleh itu jangan lupa menghadirkan diri kelas keilmuan pada hari khamis atau jumaat. Disamping itu juga,jangan lepaskan peluang diri sendiri menghadiri seminar;kursus dan Majlis-majlis Hai-o yang sentiasa terbuka kepada semua usahawan hai-o. Anda juga perlu mendekatkan diri dengan bahan-bahan ilmiah seperti bahan bacaan yang merangkumi motivasi dan ilmu perniagaan network marketing.
5. SIKAP
Sikap adalah sesuatu yang susah untuk diubah. Tetapi jika kita meletakkan sasaran,keinginan dan matlamat insyaallah sikap akan berubah. Dalam banyak-banyak pengalaman saya sendiri menghadiri kelas,seminar dan bengkel ianya selalu disebut oleh mereka yang berjaya. Orang lain tidak mampu untuk mengubah diri kita kecuali diri kite sendiri yang mengubahnya. Anda diciptakan dengan hebat,anda mampu mengubahnya. Jika kite terus berusaha untuk mengubah sikap kearah yang lebih baik dan positif pasti pendapatan akan lebih positif. Bersama kite mulakan pada saat ini untuk berubah dari segi sikap dan pendapatan. Jika sikap anda pada bulan ini lebih baik daripada bulan lepas pasti pendapatan akan lebih baik pada bulan depan. Insyaallah... keluarga,sanak saudara,Rakan-rakan,sahabat-sahabat dan serta orang lain akan teruja dengan sikap yang ditonjolkan oleh anda. Ingat anda sekelian,prospek akan menilai diri anda dari segi cara anda,tingkahlaku,percakapan dan penampilan yang anda tonjolkan. Pasti prospek mengkagumi penampilan anda…insyaallah.
No comments:
Post a Comment