Sunday, February 6, 2011

Aura Perniagaan

Aura-aura dalam perniagaan;
 Dalam perniaagan MLM ada keunikan yang tersendiri yang dapat kita perhatikan dan ia boleh memberi kesan yang  amat hebat kepada diri dan kepada prospek di luar sana. Aura perniagaan yang saya maksudkan ialah AURA KESIHATAN, AURA SEMANGAT DAN AURA PENAMPILAN. Jika rakan kongsi dapat praktikalkan apa yang saya kongsikan ini insyaAllah kejayaan akan dapat kita kecapi hari demi hari. Aura tersebut datang dari diri kita sendiri.

1.  Aura Kesihatan
      Ia melibatkan kesihatan fizikal dan kesihatan mental pada diri sendiri.

    I.      Fizikal – sebagai seorang usahawan kita perlu menjaga kesihatan supaya proses gerak kerja dapat berjalan dengan lancar dan dalam keadaan momentum yang berterusan. Jangan biarkan diri kita letih dan tidak bermaya. Luangkan masa untuk bersukan dan ambil produk kesihatan yang dapat membekalkan tenaga seperti Celgynic, Garam buluh,mineral coffe,tongkat ali coffe (hai-O) dan sebagainya.

   II.      Mental – ia berkait rapat dengan emosi. Untuk dapatkan aura kesihatan juga perlu kita mengetahui cara-cara untuk mengawal  stress yang melampau. Elakkan diri dari terus berfikir tentang masalah-masalah kerana masalah yang anda fikirkan akan menyebabkan minda bawah sedar anda memproses dan mencari jalan ketika anda focus kepada  prospek. Anda tidak sedar minda bawah sedar anda memikirkan sesuatu sedangkan pada masa itu anda perlu focus kepada prospek. Sebelum anda turun berjuang seelok-eloknya ketahuilah dahulu kelemahan diri dan potensi diri serta ambil langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Sya syorkan kepada rakan kongsi ambil produk kesihatan Miautan supaya minda kita cerdas.



2.  Aura Semangat (hati)
 Aura semangat akan datang jika kita menghayati dan mengetahui selok belok perniagaan Hai-O. Bagi mendapatkan semangat ke tahap yang maksimum mari ikuti langkah-langkah tersebut:
          I.      Niat yang baik
         II.      Berbaik sangka kepada prospek
        III.      Sentiasa berhubung dengan uplines dan rakan kongsi anda.
       IV.      Hadir kelas ,seminar, Majlis-majlis Anugerah Hai-O dan grouping.
        V.      Hadirkan dalam diri rasa percaya dengan apa yang dilakukan akan Berjaya dengan izin Allah s.w.t....aminnn.
       VI.      Istiqamah dan IStiqarah....

3.  Aura Penampilan
Kehebatan Aura Penampilan yang diperlihatkan kepada prospek akan memberi dan meninggalkan kesan mengkagumkan kepada prospek. Ia bermula pada diri kite dari wajah, mata, bibir, senyuman, air muka hinggalah kepada pergerakan tangan dan jari. Ia juaga sebagai tarikan kepada prospek kerana pada waktu itu prospek menilai keperibadian kita. Untuk membangkitkan aura pemanpilan ini marilah kita sama-sama memastikan keadaan diri kita dalam keadaan bersedia agar proses closing berjalan lancar.

                I.      Raut wajah- sebagai cermin hati,tempat pertama untuk menarik perhatian, menerangkan emosi,menggambarkan personality. Elakkan daripada menunjukkan raut wajah yang kering,keruh, bengis,marah kerana ia menyekat interaksi pada awal pertemuan.
               II.      Senyuman – bibir mampu menambah tarikan latih bibir supaya dalam keadaan senyum. Ia akan menambah keyakinan pada diri. Elakkan daripada
a)   menipiskan kedua-dua bibir seolah-olah ingin senyum tetapi sebenarnya tidak(menandakan anda tidak sudi untuk berbual).
b)   Memuncungkan kedua-dua bibir – menandakan anda tidak minat untuk berbual dan tidak sabar mendengar luahan daripada prospek.
c)   Melipat kedua-dua bibir kedalam – menandakan anda tidak ada keyakinan diri dan tidak mampu member penerangan.

              III.      Mata – “dari hati naik ke mata..dari mata turun ke hati”...mata juga sebagai menggetarkan emosi dan fikiran jika anda ikhlas dan jujur pandangan mata boleh menyampaikan penerangan. Pokok pangkalnya adalah hati....

             IV.       Suara – ia adalah kunci kepada semua penampilan...suara yang menyenangkan akan mempesonakan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Pastikan semasa proses perkongsian suaran dalam keadaan beralun dan bertenaga. Kajian menunjukkan maklumat yang dismpaikan 70% adalah dari altunasi. Elakkan juga memberi pandangan dan menceritakan perkara negative kepada rakan kongsi.

              V.      Pakaian – ia adalah perhiasan diri dan prospek adakalanya memerhatikan cara anda berpakaian dan ia akan member gambaran personality dan imej peribadi kita sebagai usahawan. Pastikan kita memakai pakaian mengikut kesesuaian fesyen, warna dan jenis pakaian. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada keadaan prospek.

             VI.      Perhiasan – jam tangan dan sekadar sebentuk cincin.

            VII.      Kereta impian – Bmw,caldina, Mercedes, mitshubishi,wish.


No comments:

Post a Comment