Saturday, January 29, 2011

STEP 1: LANGKAH AWAL USAHAWAN HAI-O

Elemen Asas Untuk Menaja
1.  Senarai nama prospek
Senarai nama prospek ada disekeliling anda dan ada dimana-mana. Sebagai contohnya anda hanya perlu buka senarai nama yang ada di dalam hand set anda dan senarai kan prospek anda didalam buku catatan anda. Kategorikan prospek anda mengikut tahap,A,B dan C;…
A; prospek dekat dengan anda,sentiasa berhubung dengan anda,berpotensi,selalu bertukar-tukar pandangan dan rakan tempat kerja.
B; prospek yang berfikiran positif tapi jauh dengan pandangan anda, berpontensi. Contohnya; anda berada di kuala lumpur dan prospek anda tersebut berada di negeri lain.
C; kenalan yang mempunyai keyakinan diri yang amat rendah,tidak begitu rapat dengan anda. Mungkin kenalan ini kenal disebabkan kawan atas kawan.
Nota penting!; Kelemahan awal seseorang usahawan itu tidak menyediakan senarai nama prospek.

2.  Menghubungi prospek
Setelah anda menyediakan senarai nama prospek anda perlu menghubungi prospek A anda jangan melengah-lengahkan masa untuk berhubung. Contoh ayat komunikasi hand set.
a)   Assalamualaikum…lama xdengar berita sihat ke? Bila boleh jumpe?
b)   Saya ada satu benda yang hendak diceritakan. Ia amat menarik mesti awak suka mendengarnya.
c)   Saya ingin bertanya pendapat tentang sesuatu perkara ni. Boleh x awak luangkan masa sekejap?kite jumpe kedai….
d)  Awak ada peluang x bagaimana untuk mengatasi masalah kewangan?

3.  Membuat temujanji
Temujanji adalah amat penting dalam proses berkongsi peluang perniagaan Hai-o. Tanpa temujanji mustahil impian anda akan terlaksana. Anda perlu merancang masa anda terlebih dahulu barulah anda boleh membuat temujanji. Gagal merancang adalah merancang untuk gagal! Pilih lokasi yang bersesuaian untuk membuat temujanji jangan bertemu ditempat yang bising kerana ia akan menggangu tumpuan anda dan prospek. Seelok-elok nya lokasi temujanji juga berdekatan dengan kediaman prospek. Jangan membebankan prospek dan jaga prospek anda.

4.  Mempersembahkan dan berkongsi peluang dengan prospek.
Ketika anda bertemu dengan prospek kenalkan prospek anda dengan uplines anda
Ini akan memudahkan uplines anda unruk berkenalan. Ambil masa 10- 15 minit untuk bertanya khabar dan. Jangan lupa bertanya tentang suasana kerja prospek secara sepintas lalu. Ketika uplines anda sedang berkongsi peluang anda seharusnya mendengar bersama jangan alihkan tumpuan anda dengan mengggunakan sms ataupun handset terlalu lama kerana prospek anda sedang menilai diri anda. Tingkah laku anda ketika ini secara bersahaja . Jangan terlalu formal ini akan membuat prospek tidak selesa. Tunjukkan diri anda sendiri kepada prospek yang anda sedang dalam 
proses untuk berubah.

5.  Follow up
Sesudah proses berkongsi peluang selesai anda jangan terlalu terburu-buru,excited dan jangan tunjukkan anda mengharapkan dia sign up. Jika dia menujukkan positif  jangan ragu-ragu untuk keluarkan borang ahli terlebih dahulu. Minta ic atau k/p daftar keahlian. Jika prospek ingin balik berfikir anda jangan panik atau kecewa sebaliknya tunjukkan keceriaan anda. Ingat prospek anda sedang menilai anda dan menilai peluang yang telah dikongsi. Beri dia masa 1 atau 2hari untuk berfikir selepas itu anda menghubungi prospek anda kembali.

Nota penting; Proses follow up amat penting untuk menaja. Hubungi prospek dari masa ke semasa.


Kesilapan Usahawan Semasa Proses Berkongsi Peluang ( perlu dielakkan).

1.  Bercakap perkara-perkara yang memburuk-burukkan syarikat lain.
2.  Bersikap ego dengan prospek
3.  Bercakap meninggi-ninggikan diri sendiri
4.  Tidak menegur prospek downlines
5.  Merokok ketika sedang closing dan menghembuskan asap rokok kearah prospek
6.  Tidak menghargai prospek.
Sikap sambil lewa dan lewat sampai semasa temujanji membuatkan prospek tertungu-tunggu.
7.  Terlupa bawa senjata dan kelengkapan
8.  Berjumpa dengan prospek tetapi teragak-agak untuk berkongsi.
9.  Merperlekehkan dan tidak menghormati antara sesama rakan kongsi
10.     Bercakap tentang masalah dan perkara negatif mengenai gerak kerja dihadapan prospek.
11.     Penampilan yang tidak menarik dan tidak bersemangat.
12.     Tidak ceria
13.     Bercakap perkara diluar gerak kerja

Malas Kearah Kejayaan

MALAS?BAIK UNTUK KEJAYAAN...

Salam sayang dan salam perjuangan 369...setiap antara kita ada malasnya dan jangan buang malas tersebut...jangan risau kemalasan yang ada pada diri akan membawa kepada kejayaan...tak percaya?tidak mengapa, saya tahu rakan-rakan kongsi semua rajin dan semua orang tak nak malas.
Malas boleh membawa kita kepada kejayaan..bagaimana? jom sama-sama kita malas mulai sekarang hasilnya akan kita dapati. Cuba kita ikuti langkah-langkah malas yang akan membawa kepada kejayaan antaranya:

1.   Aku malas  nak buang masa kepada perkara yang tidak memberi faedah.
2.   Aku malas nak layan orang yang negative tapi aku akan cuba positif kan dia.
3.   Aku malas  nak tangguh jumpa prospek.
4.   Aku malas nak duk rumah saje-saje.
5.   Aku malas nak lepaskan peluang untuk hadir seminar,kelas, malam anugerah(diamond night) .
6.   Aku malas nak tangguhkan gerak kerja ku,
7.   Aku malas  nak tangguhkan matlamat ku.
8.   Aku malas  nak tunggu jadi CDM sampai 16 tahun lagi...kalau boleh satu tahun je.
9.   Aku malas  nak burukkan orang dan malas aku nak aibkan orang.
10.            Aku malas nak fikir yang aku tak akan Berjaya.
11.            Aku malas nak  buruk sangka pada orang lain.
12.            Aku malas  gagal
13.            Aku malas nak ego dengan orang lain.
14.            Aku malas nak buat alasan lah !! tak habis-habis dengan aku punya alasan jee.

Jika kita letakkan malas pada tempat tersebut kita mampu untuk Berjaya...mulai hari ini sama-sama kita teruskan perubahan dengan berkata “ aku boleh Berjaya dan melakukan sesuatu yang hebat Dengan Izin Dan Rahmat daripada Allah S.W.T...aminn.” kita lah apa yang kita ucapkan.......

Friday, January 28, 2011

LUMRAH MANUSIA

Assalamualaikum wmbrkt...dan Salam sayang untuk rakan kongsi yang saya selalu hargai. Sedikit nasihat untuk saya dan rakan kongsi semua dan jadilah ianya sebagai panduan. Apa yang ingin saya kongsikan dengan  rakan kongsi  semua adalah “lumrah manusia yang dijadikan pelupa”.
Kita sebagai usahawan semestinya saling tegur menegur dan saling ingat mengingati antara satu sama lain agar segala Gerak Kerja dan Matlamat diri akan tercapai. InsyaAllah dengan RahmatNya kita akan mengecapai nikmat dan imbuhan yang ada dalam perniagaan. Seperti yang telah kita ketahui maksud hadis “ 9/10 punca pendapatan adalah datangnya dari perniagaan” Itulah janji Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum kita ingin meyakinkan orang lain terlebih dahulu marilah kita meyakinkan diri kita sendiri dan hayatilah apa yang terdapat dalam sesuatu perniagaan. Jika kita berniaga makin lama makin mundur hisablah apa yang dilakukan mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Mustahil perniagaan akan menghacurkan pendapatan seseorang.
Sebelum kita menemui sesuatu peluang dahulu mungkin diantara kita mencari-cari apakah peluang yang terbaik untuk menambah pendapatan.Pada masa yang sama juga kita dalam keadaan kewangan yang terhad adakalanya kita merasakan “ kenapalah hidup aku ni susah dan tak boleh Berjaya macam orang lain dan tiada ke jalan untuk aku berjaya”. Itu adalah ungkapan yang datang dari minda kita seolah-olahnya apa yang terjadi pada diri kita adalah kesusahan yang akan berpanjangan. Dalam sehari kita juga diingatkan dengan azan yang berkumandang yang Menyeru  Marilah menunaikan solat dan Marilah menuju kejayaan. Sesungguhnya diri saya adalah pelupa. Ketahuilah ALLAH SWT itu  adalah Maha pemurah Lagi Maha Penyayang. Dia tidak zalim kepada Hamba-hambanya dan janjinya adalah amat benar. Saya  mengingatkan diri saya sendiri dan rakan kongsi semua  sesungguhnya apa yang terjadi itu adalah ujian dan cabaran dalam kehidupan. Ujian dan cabaran adalah sesuatu perubahan.
Lumrah kita juga apabila mendapat sesuatu kejayaan dan sedikit kesenangan kita juga lupa pada kahidupan yang susah pada waktu sebelum mendapat peluang perniagaan. Sedangkan dahulu kita meronta-ronta dalam kesusahan. Apabila kita Berjaya memiliki kereta impian adakalanya kita akan lupa pada waktu kita berpanasan dan kehujanan. Dalam proses mengejar impian dan mencari kesenangan kita semesti nya mengingati waktu-waktu kedaifan.
Apa yang penting rakan-rakan kongsi ku kita seharusnya sedar pada waktu kesusahan dan ujian. Oleh itu saya ingatkan kepada diri saya dan rakan kongsi semua Kejayaan tetap akan ada pada masa hadapan yang penting kita sedar dan terus beristiqamah dalam mengerjakan peluang. “ Kita buat kita dapat, kita sedar kita akan selamat.” InsyaAllah kita mampu untuk Berjaya dan sampai ke matlamat dengan Izin Allah s.w.t amin...

Thursday, January 27, 2011

SENJATA DAN PERSIAPAN AWAL USAHAWAN

Persiapan dan Senjata untuk Usahawan

1.       Buku khas untuk catatan perniagaan anda(SENARAI NAMA)
2.       Beg
3.       Buku starter kit Hai-O
4.       Majalah Hai-o
5.       Risalah produk Bio-aura dan lain-lain
6.       Pen dan kertas A4 untuk penjelasan selanjutnya kepada prospek.
7.       Borang ahli
8.       Borang loan dan jadual bayaran balik pinjaman.
9.       Kertas sistem
10.   Maklumat bv produk untuk maintain 200 bv.
11.   Business card



Nota penting: setiap perkara tersebut mesti di ambil kira untuk memudahkan segala proses penajaan. Sila buat check list untuk persiapan tersebut.

Tuesday, January 25, 2011

PERKARA ASAS SEORANG USAHAWAN

PERKARA ASAS BERMULA USAHAWAN CEMERLANG

KONSEP N.I.K.I.S

1.NIAT ;

Niat adalah satu perkara asas untuk berjaya dalam perniagaan network marketing dan ia adalah nadi untuk membawa diri kepada perubahan dan menemui kejayaan yang diimpi-impikan. Adakah anda bersedia untuk melalui perubahan demi perubahan? Maka mulakanlah niat anda sejelas-jelasnya dan sekuat-kuatnya.

2. IMPIAN

Sudah tentu diantara kita inginkan kepada perubahan kerana kita telah membuat keputusan untuk memperbaiki punca pendapatan yang terhad. Impian adalah lebih penting daripada ilmu pengetahuan oleh itu lakarkan gambaran impian anda didalam kotak fikiran dengan sejelas-jelasnya. Contohnya kereta impian,rumah impian dan pendapatan yang tidak terhad! Dengan impian diri sendiri anda akan terus bergerak dan terus bergerak kehadapan.

3. KEINGINAN DAN KESUNGGUHAN

Impian dan realiti ada jurangnya. Untuk merealisasikan impian anda semestinya memerlukan keinginan dan kesungguhan dengan menggerakkan anugerah badan dalam melakukan gerak kerja sebagai usahawan hai-o 369! Buangkanlah alasan didalam diri anda kerana ia akan menghancurkan impian anda. Sering kita mendengar pepatah ‘Orang lain buat duit kita buat seribu alasan’!
           
4. ILMU

Maksud hadis ‘ tuntutlah ilmu walaupun sehingga ke negeri Cina ‘ Dalam mengejar impian anda ilmu adalah penting dalam perniagaan hai-o. Sebagai seorang usahawan hai-o 369 yang cemerlang mesti memperlengkapkan dengan pengetahuan asas seperti Latar belakang syarikat Hai-O Marketing,keberkesanan produk,plan marketing,sistem kejayaan hai-0 dan sebagainya. Oleh itu jangan lupa menghadirkan diri kelas keilmuan pada hari khamis atau jumaat. Disamping itu juga,jangan lepaskan peluang diri sendiri menghadiri seminar;kursus dan Majlis-majlis Hai-o yang sentiasa terbuka kepada semua usahawan hai-o. Anda juga perlu mendekatkan diri dengan bahan-bahan ilmiah seperti bahan bacaan yang merangkumi motivasi dan ilmu perniagaan network marketing.

5. SIKAP

Sikap adalah sesuatu yang susah untuk diubah. Tetapi jika kita meletakkan sasaran,keinginan dan matlamat insyaallah sikap akan berubah. Dalam banyak-banyak pengalaman saya sendiri menghadiri kelas,seminar dan bengkel ianya selalu disebut oleh mereka yang berjaya. Orang lain tidak mampu untuk mengubah diri kita kecuali diri kite sendiri yang mengubahnya. Anda diciptakan dengan hebat,anda mampu mengubahnya. Jika kite terus berusaha untuk mengubah sikap kearah yang lebih baik dan positif pasti pendapatan akan lebih positif. Bersama kite mulakan pada saat ini untuk berubah dari segi sikap dan pendapatan. Jika sikap anda pada bulan ini lebih baik daripada bulan lepas pasti pendapatan akan lebih baik pada bulan depan. Insyaallah... keluarga,sanak saudara,Rakan-rakan,sahabat-sahabat dan serta orang lain akan teruja dengan sikap yang ditonjolkan oleh anda. Ingat anda sekelian,prospek akan menilai diri anda dari segi cara anda,tingkahlaku,percakapan dan penampilan yang anda tonjolkan. Pasti prospek mengkagumi penampilan anda…insyaallah.

Monday, January 24, 2011

MALAS...APAKAH PUNCANYA?

Assalamualaikum wbrt,,,alhamdulillah setelah dikaji dan diperhalusi dari pengalaman-pengalaman yang lalu AKHIRNYA terukai juga. Betul apa yang dikatakan didalam Al-Quran "setiap penyakit ada ubatnya".Begitu juga dengan alasan malas,ia juga adalah satu penyakit fikiran tanpa disedari..Dalam kesibukan kita mencapai target ia sering kali akan menganggu matlamat dan impian.
Ada juga keadaan selepas kita berkongsi peluang dan prospek membalas dengan alasan malas mengakibatkan diantara kita  buntu seterusnya membiarkan prospek berlalu dan pergi begitu saja tanpa memberi jawapan balas.
Memang betul,satu lagi perkara yang susah untuk setiap usahawan menjelaskan dan memberi jawapan jika berhadapan dengan prospek memberi jawapan sebegitu. Ada juga dikalangan kita termenung dan buntu malah merasa kecewa jika prospek memberi jawapan Malas.. adakalanya " kalau kau malas aku tak boleh buat pe" itu lah jawapan balas yang  dikeluarkan sesetengah usahawan.
Apa yang ingin saya kongsikan disini adalah Malas itu sebenarnya satu alasan yang kukuh untuk prospek mengelak dari memikirkan peluang yang telah dikongsikan. Sebagai seorang usahawan,kita seharusnya memperhalusi lagi Malas ini,,mungkin malas itu ada dalam diri sendiri.
Bagi pendapat saya Malas itu antara salah satu puncanya letih, atau pun kurang tenaga. Ia berhubung kait dengan mental kita dan pergerakan kita seharian. Ada diantara kita yang berkerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Tetapi apa yang berlaku hari ini  sesetengah golongan yang makan gaji bangun seawal 5 pagi untuk menguruskan anak kesekolah,menghantar isteri ketempat kerja. Selepas habis waktu berkerja jam 5 petang ada yang berlari-lari keluar dari pejabat untuk mengelak sesak didalam lift. Ada yang berlari-lari ketempat parking kereta untuk mengelak dari kesesakan jalanraya. Ada juga yang sampai di rumah pada hampir-hampir waktu maghrib. Ada juga yang berkerja bukan mengikut waktu pejabat dan on call saja bila-bila masa. Beginilah senario yang dapat kita perhatikan bersama mungkin ada dikalangan kite mengalami situasi begini.
Situasi yang begini adalah satu kesan yang negatif kepada kita jika kita tidak mengenal pasti bagaimana caranya untuk menjaga mental dan emosi supaya dalam keadaan yang positif. Situasi begini juga akan menyebabkan badan kehilangan Mineral dan kehilangan tenaga fikiran.
Pada pendapat saya untuk mengatasi Malas,marilah kita terlebih dahulu mengenal pasti runting pergerakan kita. Jika kita termasuk dalam situasi yang saya kongsikan tadi ia dalam satu keadaan yang membimbangkan.
Letih,penat, dan tekanan runting pergerakan seharian akan memberi kesan kepada mental dan emosi kita.
Akibat dari pada situasi rumit yang berlaku tanpa kita sedari ia telah menyebabkan ada diantara kita malas. Sebenarnya kita tidak Malas ia nya datang dari runting harian yang hanya sedikit sahaja mengganggu fikiran dan badan kita. Kita sebagai usahawan bukan seperti orang-orang kebiasaan. Jika orang lain bekerja 8 jam sehari anda sudah tentu 11 jam sehari. Anda adalah usahawan bukan orang biasa tetapi anda adalah insan yang sememangnya luar biasa.
Oleh itu jagalah mental dan fizikal anda agar ia tidak diganggu dengan keletihan,kepenatan dan tekanan runting harian. Kalau dilihat apa yang dilakukan oleh Jutawan-Jutawan ia adalah hasil daripada menggunakan fikiran dan bukan kekayaan itu datang dari pekerjaan yang menekankan pergerakan fizikal. Renung - renungkanlah.......
Cadangan saya untuk rakan kongsi semua amal kanlah produk kesihatan yang ada dalam perniagaan kita antaranya GARAM BULUH,MIAUTAN,FISH OIL,CELGYNIC DAN SEBAGAINYA. Jika prospek mengatakan Malas balas lah jawapan anda dengan " kau sebenarnya bukan malas tetapi kau penat dan keletihan ,kau boleh berjaya tetapi produk kesihatan dan amalan kesihatan kau terlepas pandang." Ini ada lah perkongsian saya untuk rakan kongsi ia bukanlah fakta tetapi ia datang dari pengalaman-pengalaman dan muhasabah diri.

Friday, January 21, 2011

SALAM 1 HATI,1 PEGANGAN DAN 1 MATLAMAT

ASSALAMUALAIKUM WBRT...Segala Pujian Bagi Allah S.W.T diatas Rahmat dan Kebesarannya kita dapat bersama mengambil peluang perubahan demi perubahan. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta ahli Keluarganya. Dengan segala berkat Doa nya dapat juga kita mengenal dan mengetahui betapa besarnya faedah dan keuntungan dalam bidang perniagaan. Apa yang ingin saya kongsikan dengan rakan-rakan kongsi adalah sedikit pengalaman perniagaan bersama dengan Hai-O Marketing Sdn bhd. Sesungguhnya benar punca pendapatan  9/10 itu adalah datang dari perniagaan. Kita sudahpun mengambil dan telah melakukan satu keputusan yang Hebat untuk melakukan perubahan-perubahan keatas diri sendiri. Oleh itu diharap semua rakan kongsi sentiasa ingat kepada Matlamat dan Impian yang telah ditetapkan. Setelah kita mengambil peluang dan melakukan keputusan yang hebat pada diri sendiri ingin saya ingatkan kepada diri sendiri dan rakan-rakan kongsi  agar hargailah ia kerana ia adalah titik permulaan kepada KEJAYAAN. "USAH MENOLEH KEBELAKANG LAGI YANG PENUH DENGAN KE SEJARAH HITAM TETAPI PANDANGLAH KEJAYAAN DIDEPANMU". Terima Kasih saya ucapkan kepada rakan kongsi semua kerana kalian lah saya mampu ditahap ini. Mari sama-sama kita mulakan langkah- langkah perubahan  demi perubahan. InsyaAllah kita mampu dan berhak untuk menjadi Usahawan yang Hebat dan  Beriman. Hak kita adalah untuk berjaya  Dunia dan Akhirat. Aminn.....



Thursday, January 20, 2011

KESEDARAN DAN KEPENTINGAN MERAWAT DIRI SENDIRI DARI SEGI MENTAL DAN FIZIKAL DALAM MENCAPAI KEJAYAAN DAN IMPIAN

 Tahukah kita bahawa dengan keadaan mental dan fizikal yang lemah menyebabkan sikap dan perbuatan kita akan bertambah negatif. Keadaan ini berlaku disebabkan banyak faktor antaranya ialah pemakanan,gaya hidup dan persekitaran yang tertekan. Melalui pemakanan yang tidak terjaga dan tidak teratur akan menyebabkan kesihatan terjejas. Kekerapan makan diluar juga berlaku diantara kita yang boleh menyebabkan tubuh badan kita terlebih dalam pengambilan gula,garam dan lemak. Ada juga dikalangan kita yang merokok,kurang bersenam menyebabkan tubuh badan kita bersifat asid. Kandungan asid yang terdapat dalam pemakanan boleh menyebabkan sistem  imunisasi badan terjejas. Kandungan asid yang berlebihan juga dalam badan akan menyebabkan badan kita mudah terjejas kepada penyakit-penyakit kronik seperti jantung, kencing manis, darah tinggi, gaout, asma, stroke dan stress.
Jika keadaan ini berlaku kepada kita,ia akan mempengaruhi minda dan cara kerja kita seharian. Seterusnya juga memberi kesan negative  kepada diri kita adakalanya sentiasa mencari-cari dan mencipta alasan dan berfikiran negatif tanpa kita sedari hingga ia memakan diri sendiri.  Tindak balas badan yang lemah oleh faktor tersebut tanpa kita sedari telah memberi isyarat kepada mental agar terus mencipta seribu alasan. Akibatnya Impian dan matlamat sebenar dalam perniagaan kian kabur dan samar. Semua jutawan-jutawan dan mereka yang berjaya sentiasa menjaga kecerdasan mental dan kecergasan badan.
Sebagai seorang usahawan kita perlu mengambil langkah-langlah yang bijak supaya proses kejayaan dalam perniagaan tidak terjejas. Didalam perniagaan HAI-O MARKETING penekanan kesihatan,kecantikan dan kebahagiaan bermula dengan diri kita sebagai usahawan. Disamping itu juga produk-produk didalam perniagaan Hai-O berlandaskan konsep DNI.
 D-DETOKSIFIKASI; proses membersihkan bahan buangan yang terkumpul dalam badan seperti unsur-unsur pencemaran yang bertoksik,bahan-bahan logam,radikal bebas,bahan-bahan penyebab penuaan dan sebagainya. Proses ini mengaktifkan sel-sel badan menggalakkan penyerapan nutrient dan memulihkan fungsi-fungsi organ supaya system badan berfungsi dengan sempurna.
N-NEUTRALISASI; ialah proses penyelarasan system dalaman yang tidak seimbang,mempertingkatkan operasi dan menyelaraskan fungsi antara organ-organ untuk meningkatkan keberkesanan system badan. Ini akan mencegah tubuh daripada diserang penyakit.
I-IMUNISASI; Ialah fungsi menambah,merangsang dan memperkuatkan operasi dan fungsi organ. Ini termasuk menambah nutrien,menambah tenaga kepada organ-organ dalaman,memperbaiki kumpulan sel yang rosak dan memperkuatkan sistem imunisasi.

        Melalui amalan MIAUTAN dan  GARAM BULUH  akan membantu tubuh badan kita, mental dan fizikal dalam melakukan gerak kerja .Di sarankan kepada semua rakan kongsi supaya mengamalkan MIAUTAN dan GARAM BULUH bagi membantu mental dan fizikal kita bertindak dengan cekap,focus dan ringan tulang. MIAUTAN membantu proses DETOKSIFIKASI dan GARAM BULUH MEMBEKALKAN KHASIAT YANG SEIMBANG.  Bermula pada hari ini jadilah seorang pengguna yang bijak. Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk pada buku produk anda dan dapatkan VCD GARAM BULUH. Hayatilah produk tersebut agar ia menjadi panduan untuk kita menyampaikan segala maklumat kepada kenalan-kenalan diluar sana. Kita perlukan kekuatan dalaman bagi mengatasi tembok dan penghalang diri sendiri. Anda adalah HEBAT! Anda mempunyai potensi diri sendiri yang sudah diciptakan sejak azali. Gali dan kenalilah diri anda yang HEBAT! Bertindaklah sekarang agar mental kita sentiasa cerdas dan positif dalam mencapai kejayaan dan impian yang ditetapkan oleh DIRI ANDA SENDIRI. JUMPA ANDA DIPUNCAK KEJAYAAN!. INSYAALLAH.

SARANAN PRODUK UNTUK KEGUNAAN SENDIRI
1.     MIAUTAN
2.     GARAM BULUH
3.     CELGYNIC

Untuk maklumat lanjut sila hubungi STOKIS ATAU CDM ERMAN. Terima kasih.