Sunday, February 6, 2011

Aura Perniagaan

Aura-aura dalam perniagaan;
 Dalam perniaagan MLM ada keunikan yang tersendiri yang dapat kita perhatikan dan ia boleh memberi kesan yang  amat hebat kepada diri dan kepada prospek di luar sana. Aura perniagaan yang saya maksudkan ialah AURA KESIHATAN, AURA SEMANGAT DAN AURA PENAMPILAN. Jika rakan kongsi dapat praktikalkan apa yang saya kongsikan ini insyaAllah kejayaan akan dapat kita kecapi hari demi hari. Aura tersebut datang dari diri kita sendiri.

1.  Aura Kesihatan
      Ia melibatkan kesihatan fizikal dan kesihatan mental pada diri sendiri.

    I.      Fizikal – sebagai seorang usahawan kita perlu menjaga kesihatan supaya proses gerak kerja dapat berjalan dengan lancar dan dalam keadaan momentum yang berterusan. Jangan biarkan diri kita letih dan tidak bermaya. Luangkan masa untuk bersukan dan ambil produk kesihatan yang dapat membekalkan tenaga seperti Celgynic, Garam buluh,mineral coffe,tongkat ali coffe (hai-O) dan sebagainya.

   II.      Mental – ia berkait rapat dengan emosi. Untuk dapatkan aura kesihatan juga perlu kita mengetahui cara-cara untuk mengawal  stress yang melampau. Elakkan diri dari terus berfikir tentang masalah-masalah kerana masalah yang anda fikirkan akan menyebabkan minda bawah sedar anda memproses dan mencari jalan ketika anda focus kepada  prospek. Anda tidak sedar minda bawah sedar anda memikirkan sesuatu sedangkan pada masa itu anda perlu focus kepada prospek. Sebelum anda turun berjuang seelok-eloknya ketahuilah dahulu kelemahan diri dan potensi diri serta ambil langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Sya syorkan kepada rakan kongsi ambil produk kesihatan Miautan supaya minda kita cerdas.



2.  Aura Semangat (hati)
 Aura semangat akan datang jika kita menghayati dan mengetahui selok belok perniagaan Hai-O. Bagi mendapatkan semangat ke tahap yang maksimum mari ikuti langkah-langkah tersebut:
          I.      Niat yang baik
         II.      Berbaik sangka kepada prospek
        III.      Sentiasa berhubung dengan uplines dan rakan kongsi anda.
       IV.      Hadir kelas ,seminar, Majlis-majlis Anugerah Hai-O dan grouping.
        V.      Hadirkan dalam diri rasa percaya dengan apa yang dilakukan akan Berjaya dengan izin Allah s.w.t....aminnn.
       VI.      Istiqamah dan IStiqarah....

3.  Aura Penampilan
Kehebatan Aura Penampilan yang diperlihatkan kepada prospek akan memberi dan meninggalkan kesan mengkagumkan kepada prospek. Ia bermula pada diri kite dari wajah, mata, bibir, senyuman, air muka hinggalah kepada pergerakan tangan dan jari. Ia juaga sebagai tarikan kepada prospek kerana pada waktu itu prospek menilai keperibadian kita. Untuk membangkitkan aura pemanpilan ini marilah kita sama-sama memastikan keadaan diri kita dalam keadaan bersedia agar proses closing berjalan lancar.

                I.      Raut wajah- sebagai cermin hati,tempat pertama untuk menarik perhatian, menerangkan emosi,menggambarkan personality. Elakkan daripada menunjukkan raut wajah yang kering,keruh, bengis,marah kerana ia menyekat interaksi pada awal pertemuan.
               II.      Senyuman – bibir mampu menambah tarikan latih bibir supaya dalam keadaan senyum. Ia akan menambah keyakinan pada diri. Elakkan daripada
a)   menipiskan kedua-dua bibir seolah-olah ingin senyum tetapi sebenarnya tidak(menandakan anda tidak sudi untuk berbual).
b)   Memuncungkan kedua-dua bibir – menandakan anda tidak minat untuk berbual dan tidak sabar mendengar luahan daripada prospek.
c)   Melipat kedua-dua bibir kedalam – menandakan anda tidak ada keyakinan diri dan tidak mampu member penerangan.

              III.      Mata – “dari hati naik ke mata..dari mata turun ke hati”...mata juga sebagai menggetarkan emosi dan fikiran jika anda ikhlas dan jujur pandangan mata boleh menyampaikan penerangan. Pokok pangkalnya adalah hati....

             IV.       Suara – ia adalah kunci kepada semua penampilan...suara yang menyenangkan akan mempesonakan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Pastikan semasa proses perkongsian suaran dalam keadaan beralun dan bertenaga. Kajian menunjukkan maklumat yang dismpaikan 70% adalah dari altunasi. Elakkan juga memberi pandangan dan menceritakan perkara negative kepada rakan kongsi.

              V.      Pakaian – ia adalah perhiasan diri dan prospek adakalanya memerhatikan cara anda berpakaian dan ia akan member gambaran personality dan imej peribadi kita sebagai usahawan. Pastikan kita memakai pakaian mengikut kesesuaian fesyen, warna dan jenis pakaian. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada keadaan prospek.

             VI.      Perhiasan – jam tangan dan sekadar sebentuk cincin.

            VII.      Kereta impian – Bmw,caldina, Mercedes, mitshubishi,wish.


DIAMOND NIGHT



















DIAMOND NIGHT















Friday, February 4, 2011

MEMBINA PEMIKIRAN USAHAWAN YANG CEMERLANG


Anda adalah usahawan dan semestinya ingin kepada perubahan yang lebih baik dan positif. Perubahan  dan kehebatan pasti akan datang jika kita berusaha menukar cara kita berfikir. Sila buat renungan atau hisab diri sendiri dimana perlu kita ubah cara berfikir.

Fikiran dan sikap ku
Catatan
1.       Malu

2.       Takut untuk berkongsi dengan prospek

3.       Kurang keyakinan

4.       Negative terhadap prospek

5.       Prospek tak mahu berubah

6.       Prospek tidak berpontensi

7.       Kekurangan idea menegur prospek





Fikiran dan sikap tersebut adalah negatif. Seorang usahawan  seharusnya berfikir secara positif dan sikap akan berubah dengan apa yang kita fikirkan. Prospek akan tertarik dengan apa yang anda fikirkan melalui bahasa badan. Sikap mencerminkan cara anda berfikir. Anda mempunyai potensi yang hebat dan bakat yang telah di anugerahkan secara semulajadi. Mustahil kita dijadikan untuk gagal dan kesempitan . mulakanlah langkah – langkah bijak seorang usahawan. Ramai diluar sana (prospek) memerlukan anda. Kenapa? Kerana anda mempunyai peluang untuk membina kekayaan dan mempunyai kumpulan yang hebat untuk membantu anda dan rakan kongsi anda. Anda adalah usahawan bukan jurujual semata-mata. Kekayaan dan perubahan bergantung kepada diri anda sendiri. Mari kita sama-sama ikuti langkah-langkah membina minda seorang usahawan yang hebat dan positif.


Minda Seorang Usahawan Hai-O

1. 
Figure 1
Bersyukur kepada Allah swt diatas peluang yang diberikan kepada kita. Dengan peluang yang ada ini kita dapat berkongsi dan membantu rakan-rakan untuk berubah dan menjadi seorang yang memiliki aset. Tidak semua orang dapat membuat keputusan untuk menjadi seorang jutawan,hartawan dan dermawan. Dengan peluang yang kita miliki seharusnya kita menyampaikan peluang kepada kenalan dil luar sana bersama-sama untuk mencapai impian dalam kehidupan. Setiap prospek diluar sana mempunyai angan-angan untuk menjadi seorang jutawan. Sampaikanlah peluang yang kita miliki sekarang ini. Prospek disana memerlukan peluang seperti anda.
2.  Percaya dan yakin dengan apa yang kita miliki sekarang. Peluang yang ada ini sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan oleh prospek. Mengapa? Hai-o marketing sudah berada d BSKL 1 dan telah menerima banyak anugerah. Produk keperluan bukan produk accessories. Produk yang diperlukan oleh setiap orang. Gerak kerja yang mantap secara berkumpulan.
3.  Mengapa orang lain boleh buat? semestinya kita juga boleh buat!
4.  Saya akan focus kepada gerak kerja 2 hingga 3 jam sehari. Saya akan sampaikan peluang perniagaan ini kepada prospek saya  sekurang-kurangnya 1 orang sehari.
5.  Saya berkerja hari ini adalah untuk masa depan saya dan keluarga saya.
6.  Saya tidak perlu takut untuk berniaga kerana sumber pendapatan 9/10 ada didalam perniagaan. Saya mesti berhenti berfikir negatif!!
7.  Tiada masa untuk saya menangguh-nangguhkan peluang yang saya ada ini saya mesti berjumpa dengan prospek.

NOTA PENTING :
1)  KITA LAH APA YANG KITA FIKIRKAN
2)  TUHAN AKAN MENGGERAKAN DIRI KITA DENGAN APA YANG KITA FIKIRKAN.
3)  FIKIRAN MENCERMINKAN SIKAP ANDA
4)  JIKA ANDA POSITIF KEMUNGKINAN BESAR PROSPEK ANDA AKAN POSITIF.

jumpa Anda di Pentas CDM...