Tuesday, February 8, 2011
Sunday, February 6, 2011
Aura Perniagaan
Aura-aura dalam perniagaan;
Dalam perniaagan MLM ada keunikan yang tersendiri yang dapat kita perhatikan dan ia boleh memberi kesan yang amat hebat kepada diri dan kepada prospek di luar sana. Aura perniagaan yang saya maksudkan ialah AURA KESIHATAN, AURA SEMANGAT DAN AURA PENAMPILAN. Jika rakan kongsi dapat praktikalkan apa yang saya kongsikan ini insyaAllah kejayaan akan dapat kita kecapi hari demi hari. Aura tersebut datang dari diri kita sendiri.
1. Aura Kesihatan
Ia melibatkan kesihatan fizikal dan kesihatan mental pada diri sendiri.
I. Fizikal – sebagai seorang usahawan kita perlu menjaga kesihatan supaya proses gerak kerja dapat berjalan dengan lancar dan dalam keadaan momentum yang berterusan. Jangan biarkan diri kita letih dan tidak bermaya. Luangkan masa untuk bersukan dan ambil produk kesihatan yang dapat membekalkan tenaga seperti Celgynic, Garam buluh,mineral coffe,tongkat ali coffe (hai-O) dan sebagainya.
II. Mental – ia berkait rapat dengan emosi. Untuk dapatkan aura kesihatan juga perlu kita mengetahui cara-cara untuk mengawal stress yang melampau. Elakkan diri dari terus berfikir tentang masalah-masalah kerana masalah yang anda fikirkan akan menyebabkan minda bawah sedar anda memproses dan mencari jalan ketika anda focus kepada prospek. Anda tidak sedar minda bawah sedar anda memikirkan sesuatu sedangkan pada masa itu anda perlu focus kepada prospek. Sebelum anda turun berjuang seelok-eloknya ketahuilah dahulu kelemahan diri dan potensi diri serta ambil langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Sya syorkan kepada rakan kongsi ambil produk kesihatan Miautan supaya minda kita cerdas.
2. Aura Semangat (hati)
Aura semangat akan datang jika kita menghayati dan mengetahui selok belok perniagaan Hai-O. Bagi mendapatkan semangat ke tahap yang maksimum mari ikuti langkah-langkah tersebut:
I. Niat yang baik
II. Berbaik sangka kepada prospek
III. Sentiasa berhubung dengan uplines dan rakan kongsi anda.
IV. Hadir kelas ,seminar, Majlis-majlis Anugerah Hai-O dan grouping.
V. Hadirkan dalam diri rasa percaya dengan apa yang dilakukan akan Berjaya dengan izin Allah s.w.t....aminnn.
VI. Istiqamah dan IStiqarah....
3. Aura Penampilan
Kehebatan Aura Penampilan yang diperlihatkan kepada prospek akan memberi dan meninggalkan kesan mengkagumkan kepada prospek. Ia bermula pada diri kite dari wajah, mata, bibir, senyuman, air muka hinggalah kepada pergerakan tangan dan jari. Ia juaga sebagai tarikan kepada prospek kerana pada waktu itu prospek menilai keperibadian kita. Untuk membangkitkan aura pemanpilan ini marilah kita sama-sama memastikan keadaan diri kita dalam keadaan bersedia agar proses closing berjalan lancar.
I. Raut wajah- sebagai cermin hati,tempat pertama untuk menarik perhatian, menerangkan emosi,menggambarkan personality. Elakkan daripada menunjukkan raut wajah yang kering,keruh, bengis,marah kerana ia menyekat interaksi pada awal pertemuan.
II. Senyuman – bibir mampu menambah tarikan latih bibir supaya dalam keadaan senyum. Ia akan menambah keyakinan pada diri. Elakkan daripada
a) menipiskan kedua-dua bibir seolah-olah ingin senyum tetapi sebenarnya tidak(menandakan anda tidak sudi untuk berbual).
b) Memuncungkan kedua-dua bibir – menandakan anda tidak minat untuk berbual dan tidak sabar mendengar luahan daripada prospek.
c) Melipat kedua-dua bibir kedalam – menandakan anda tidak ada keyakinan diri dan tidak mampu member penerangan.
III. Mata – “dari hati naik ke mata..dari mata turun ke hati”...mata juga sebagai menggetarkan emosi dan fikiran jika anda ikhlas dan jujur pandangan mata boleh menyampaikan penerangan. Pokok pangkalnya adalah hati....
IV. Suara – ia adalah kunci kepada semua penampilan...suara yang menyenangkan akan mempesonakan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Pastikan semasa proses perkongsian suaran dalam keadaan beralun dan bertenaga. Kajian menunjukkan maklumat yang dismpaikan 70% adalah dari altunasi. Elakkan juga memberi pandangan dan menceritakan perkara negative kepada rakan kongsi.
V. Pakaian – ia adalah perhiasan diri dan prospek adakalanya memerhatikan cara anda berpakaian dan ia akan member gambaran personality dan imej peribadi kita sebagai usahawan. Pastikan kita memakai pakaian mengikut kesesuaian fesyen, warna dan jenis pakaian. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada keadaan prospek.
VI. Perhiasan – jam tangan dan sekadar sebentuk cincin.
VII. Kereta impian – Bmw,caldina, Mercedes, mitshubishi,wish.
Saturday, February 5, 2011
Friday, February 4, 2011
MEMBINA PEMIKIRAN USAHAWAN YANG CEMERLANG
Anda adalah usahawan dan semestinya ingin kepada perubahan yang lebih baik dan positif. Perubahan dan kehebatan pasti akan datang jika kita berusaha menukar cara kita berfikir. Sila buat renungan atau hisab diri sendiri dimana perlu kita ubah cara berfikir.
| Fikiran dan sikap ku | Catatan |
| 1. Malu | |
| 2. Takut untuk berkongsi dengan prospek | |
| 3. Kurang keyakinan | |
| 4. Negative terhadap prospek | |
| 5. Prospek tak mahu berubah | |
| 6. Prospek tidak berpontensi | |
| 7. Kekurangan idea menegur prospek | |
| |
Minda Seorang Usahawan Hai-O
1.
| Figure 1 |
2. Percaya dan yakin dengan apa yang kita miliki sekarang. Peluang yang ada ini sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan oleh prospek. Mengapa? Hai-o marketing sudah berada d BSKL 1 dan telah menerima banyak anugerah. Produk keperluan bukan produk accessories. Produk yang diperlukan oleh setiap orang. Gerak kerja yang mantap secara berkumpulan.
3. Mengapa orang lain boleh buat? semestinya kita juga boleh buat!
4. Saya akan focus kepada gerak kerja 2 hingga 3 jam sehari. Saya akan sampaikan peluang perniagaan ini kepada prospek saya sekurang-kurangnya 1 orang sehari.
5. Saya berkerja hari ini adalah untuk masa depan saya dan keluarga saya.
6. Saya tidak perlu takut untuk berniaga kerana sumber pendapatan 9/10 ada didalam perniagaan. Saya mesti berhenti berfikir negatif!!
7. Tiada masa untuk saya menangguh-nangguhkan peluang yang saya ada ini saya mesti berjumpa dengan prospek.
NOTA PENTING :
1) KITA LAH APA YANG KITA FIKIRKAN
2) TUHAN AKAN MENGGERAKAN DIRI KITA DENGAN APA YANG KITA FIKIRKAN.
3) FIKIRAN MENCERMINKAN SIKAP ANDA
4) JIKA ANDA POSITIF KEMUNGKINAN BESAR PROSPEK ANDA AKAN POSITIF.
jumpa Anda di Pentas CDM...
Saturday, January 29, 2011
STEP 1: LANGKAH AWAL USAHAWAN HAI-O
Elemen Asas Untuk Menaja
1. Senarai nama prospek
Senarai nama prospek ada disekeliling anda dan ada dimana-mana. Sebagai contohnya anda hanya perlu buka senarai nama yang ada di dalam hand set anda dan senarai kan prospek anda didalam buku catatan anda. Kategorikan prospek anda mengikut tahap,A,B dan C;…
A; prospek dekat dengan anda,sentiasa berhubung dengan anda,berpotensi,selalu bertukar-tukar pandangan dan rakan tempat kerja.
B; prospek yang berfikiran positif tapi jauh dengan pandangan anda, berpontensi. Contohnya; anda berada di kuala lumpur dan prospek anda tersebut berada di negeri lain.
C; kenalan yang mempunyai keyakinan diri yang amat rendah,tidak begitu rapat dengan anda. Mungkin kenalan ini kenal disebabkan kawan atas kawan.
2. Menghubungi prospek
Setelah anda menyediakan senarai nama prospek anda perlu menghubungi prospek A anda jangan melengah-lengahkan masa untuk berhubung. Contoh ayat komunikasi hand set.
a) Assalamualaikum…lama xdengar berita sihat ke? Bila boleh jumpe?
b) Saya ada satu benda yang hendak diceritakan. Ia amat menarik mesti awak suka mendengarnya.
c) Saya ingin bertanya pendapat tentang sesuatu perkara ni. Boleh x awak luangkan masa sekejap?kite jumpe kedai….
d) Awak ada peluang x bagaimana untuk mengatasi masalah kewangan?
3. Membuat temujanji
Temujanji adalah amat penting dalam proses berkongsi peluang perniagaan Hai-o. Tanpa temujanji mustahil impian anda akan terlaksana. Anda perlu merancang masa anda terlebih dahulu barulah anda boleh membuat temujanji. Gagal merancang adalah merancang untuk gagal! Pilih lokasi yang bersesuaian untuk membuat temujanji jangan bertemu ditempat yang bising kerana ia akan menggangu tumpuan anda dan prospek. Seelok-elok nya lokasi temujanji juga berdekatan dengan kediaman prospek. Jangan membebankan prospek dan jaga prospek anda.
4. Mempersembahkan dan berkongsi peluang dengan prospek.
Ketika anda bertemu dengan prospek kenalkan prospek anda dengan uplines anda
Ini akan memudahkan uplines anda unruk berkenalan. Ambil masa 10- 15 minit untuk bertanya khabar dan. Jangan lupa bertanya tentang suasana kerja prospek secara sepintas lalu. Ketika uplines anda sedang berkongsi peluang anda seharusnya mendengar bersama jangan alihkan tumpuan anda dengan mengggunakan sms ataupun handset terlalu lama kerana prospek anda sedang menilai diri anda. Tingkah laku anda ketika ini secara bersahaja . Jangan terlalu formal ini akan membuat prospek tidak selesa. Tunjukkan diri anda sendiri kepada prospek yang anda sedang dalam
proses untuk berubah.
proses untuk berubah.
5. Follow up
Sesudah proses berkongsi peluang selesai anda jangan terlalu terburu-buru,excited dan jangan tunjukkan anda mengharapkan dia sign up. Jika dia menujukkan positif jangan ragu-ragu untuk keluarkan borang ahli terlebih dahulu. Minta ic atau k/p daftar keahlian. Jika prospek ingin balik berfikir anda jangan panik atau kecewa sebaliknya tunjukkan keceriaan anda. Ingat prospek anda sedang menilai anda dan menilai peluang yang telah dikongsi. Beri dia masa 1 atau 2hari untuk berfikir selepas itu anda menghubungi prospek anda kembali.
Nota penting; Proses follow up amat penting untuk menaja. Hubungi prospek dari masa ke semasa.
Kesilapan Usahawan Semasa Proses Berkongsi Peluang ( perlu dielakkan).
1. Bercakap perkara-perkara yang memburuk-burukkan syarikat lain.
2. Bersikap ego dengan prospek
3. Bercakap meninggi-ninggikan diri sendiri
4. Tidak menegur prospek downlines
5. Merokok ketika sedang closing dan menghembuskan asap rokok kearah prospek
6. Tidak menghargai prospek.
Sikap sambil lewa dan lewat sampai semasa temujanji membuatkan prospek tertungu-tunggu.
7. Terlupa bawa senjata dan kelengkapan
8. Berjumpa dengan prospek tetapi teragak-agak untuk berkongsi.
9. Merperlekehkan dan tidak menghormati antara sesama rakan kongsi
10. Bercakap tentang masalah dan perkara negatif mengenai gerak kerja dihadapan prospek.
11. Penampilan yang tidak menarik dan tidak bersemangat.
12. Tidak ceria
13. Bercakap perkara diluar gerak kerja
Subscribe to:
Comments (Atom)
